Friday, 8 November 2013

PERANAN USAHAWAN

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa usahawan itu berperanan seperti berikut:-
· Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan
Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.
· Merancang
Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.
· Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.
· Menawarkan Peluang Pekerjaan
Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.
· Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi Kehendak Pengguna
Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi kehendak dan keperluan tesebut
· Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan


Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbang ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.




Perbadanan Usahawan Nasional

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ialah badan nasional yang ditubuhkan untuk pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia. Tumpuan utama penubuhannya ialah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
PUNB menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi yang penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.
PUNB merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra, badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera, ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM300 juta di mana RM250 juta telah berbayar.
Asas kewujudan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka kearah kecemerlangan.
Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.
Usaha untuk menjadi pusat terulung yang bereputasi tinggi dalam pembangunan usahawan Bumiputera tidak akan berakhir kerana PUNB akan terus menjadi pendorong untuk mencapai kecemerlangan dalam keusahawanan seperti yang di gariskan oleh objektif penubuhannya seperti berikut:
Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.Menyalurkan budaya keusahawanan dikalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbadanan_Usahawan_Nasional

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

PUNB tingkat peruntukan kepada RM32.5j, transformasi perniagaan
Skim Prosper Teras yang diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bagi mentransformasikan perniagaan usahawan Bumiputera dalam sektor strategik diperluaskan dengan turut meliputi sektor pendidikan, terutama membabitkan pendidikan prasekolah.
Ketua Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah, berkata dengan penambahan sektor pendidikan dalam skim pembiayaan itu, PUNB telah meningkatkan peruntukan dana menerusi skim itu kepada RM32.5 juta, yang mana sebanyak RM5 juta dikhususkan untuk disalurkan sebagai pembiayaan kepada pengusaha dalam sektor berkenaan.
“PUNB dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) masih meninjau sektor strategik lain yang mempunyai nilai tambah dan komersial yang tinggi untuk disertai oleh usahawan Bumiputera. Ini termasuk dengan mengkaji daya maju perniagaan, risiko perniagaan yang rendah serta potensi yang boleh diraih bagi mengurangkan kegagalan syarikat Bumiputera dalam perniagaan.
“Kami melihat sektor pendidikan prasekolah ini adalah satu peluang perniagaan yang baik dan boleh dimajukan kerana terdapatnya yang permintaan tinggi sejajar dengan peningkatan bilangan ibu bapa berpendapatan tinggi yang membolehkan mereka menghantar anak ke pusat pendidikan yang lebih baik,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pembiayaan Skim Prosper Teras yang dikendalikan PUNB dengan kerjasama TERAJU ketika ini hanya terbuka kepada sektor automotif, perkakasan dan bahan binaan, perkhidmatan profesional serta telekomunikasi.
Dzulkifli berkata, ketika ini empat pengendali pusat pendidikan awal kanak-kanak telah memperoleh pembiayaan menerusi skim itu, iaitu Brainy Bunch, Genuis Aulad, Little Caliphs dan Child Islamic Centres.
“PUNB akan memberikan khidmat nasihat dan pemantauan berterusan ke atas pengurusan dan operasi syarikat menerusi Skim Prosper Teras bagi membentuk urus tadbir korporat yang baik, serta latihan merangkumi pengurusan kewangan, pemasaran dan motivasi serta jaringan perniagaan,” katanya.
Dzulkifli menjelaskan, agensi itu memperuntukkan dana lebih besar kepada sektor automotif, iaitu sebanyak RM12.5 juta dengan sasaran membantu 80 usahawan kerana penyertaan tinggi Bumiputera dalam perniagaan bengkel kenderaan yang dilaksanakan secara kecil-kecilan terutama di kawasan luar bandar.
Katanya, pembiayaan yang disediakan menerusi skim berkenaan adalah bagi tujuan ubah suai premis, modal kerja, pembelian aset tetap dan stok barangan.
“Pembiayaan yang disediakan adalah antara RM50,000 hingga maksimum RM500,000 dengan tempoh bayaran balik dari dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun, peminjam perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah kos projek,” katanya.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, PUNB menyasarkan meluluskan pembiayaan berjumlah RM195 juta tahun ini yang mana 85 peratus adalah untuk sektor pemborongan dan peruncitan.
Katanya, agensi itu juga menyasarkan untuk membiayai 630 perniagaan menerusi empat skim yang ditawarkan iaitu Skim Prosper Runcit, Skim Prosper Borong, Skim Usahawan Kecil dan Sederhana dan Skim Prosper Usahawan Muda (PUMA) dengan tawaran pembiayaan antara RM5,000 hingga RM5 juta.
“Tahun lalu, PUNB meluluskan pembiayaan berjumlah RM168 juta yang disalurkan kepada 539 perniagaan,” katanya sambil menambah setakat ini PUNB membantu lebih 2,000 perniagaan termasuk dalam sektor strategik.

http://www.punb.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=frontpage&lang=ms&limitstart=30

Senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia Dari Majalah Forbes

Carlos Slim Helu
 Lelaki berasal dari Mexico ini masih memegang puncak tertinggi orang dengan kekayaan yang paling besar di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaan pengusaha industri telekomunikasi ini mencapai US $ 73 bilion atau  Mac 2013. Lelaki berumur 73 tahun.
Carlos menjadi orang terkaya nombor satu di dunia dalam 4 tahun berturut-turut.

Bill Gates
 Pengasas syarikat terkemuka Microsoft ini menurut Forbes mempunyai kekayaan US $ 67 bilion Mac 2013. Lelaki berusia 57 tahun ini di AS, Gates menjadi orang nombor satu terkaya di negara tersebut. 


Amancio Ortega
 Lelaki berumur 76 tahun berasal dari Sepanyol ini terkenal dengan perusahaan iaitu kedai pakaian Zara . Ortega merupakan orang terkaya nombor satu di Sepanyol dan ketiga di dunia. Menurut Forbes jumlah kekayaan Ortega mencecah US $ 57 bilion Mac 2013 ini.

Warren Buffet
 Buffet baru-baru ini membeli syarikat sos tomato berjenama Heinz dengan nilai US $ 28 bilion . Menurut Forbes, lelaki berumur 82 tahun ini memiliki kekayaan US $ 53,5 bilion  Mac 2013 ini.
 Di AS, Buffet merupakan orang terkaya nombor 2 selepas Bill Gates. 

Larry Ellison
 Lelaki berumur 68 tahun ini merupakan bos dari syarikat teknologi yakni Oracle di AS. Menurut Forbes, jumlah kekayaan Larry mencapai US $ 43 bilion . Di AS, Larry merupakan orang ketiga terkaya.

Charles dan David Koch
 Kedua bersaudara ini memiliki kekayaan masing-masing US $ 34 bilion  Mac 2013. Kedua-duanya menjalankan perniagaan melalui Koch Industries  di bidang gas asli dan kimia.

Li Ka-Shing
 Lelaki berumur 84 tahun ini merupakan satu-satunya orang Asia yang termasuk dalam 10 orang terkaya di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaan Li mencapai US $ 31 bilion. Lelaki berasal dari Hong Kong ini merupakan orang terkaya di negaranya.

Liliane Bettencourt
 Liliane sudah berusia 90 tahun, perniagaannya adalah melalui syarikat kosmetik L'Oreal yang juga membuka kilang terbesar di Malaysia. Wanita ini merupakan orang yang paling kaya di Perancis.

Bernard Arnault
 Lelaki berumur 63 tahun ini merupakan pemilik jenama mewah terkenal Perancis iaitu Louis Vuitton (LVMH). Orang terkaya kedua di Perancis ini mempunyai kekayaan US $ 29 bilion  Mac 2013.

Christy Walton
Wanita berumur 58 tahun ini merupakan salah satu pemilik kedai runcit terbesar di dunia iaitu Wal Mart. Menurut Forbes, kekayaan Christy adalah US $ 28,2 bilion . Christy merupakan orang terkaya nombor 6 di AS.



Majalah Forbes menyenaraikan orang terkaya di planet bumi di awal tahun ini. Dalam Forbes Billionaires list 2013, terdapat 1.426 nama dengan jumlah kekayaan mereka mencapai US $ 5.4 trilion , meningkat berbanding di 2012 sebanyak US $ 4.6 trilion.

Dipetik dari majalah Forbes, Selasa (5/3/2013), AS memimpin dengan jumlah jutawan terbanyak iaitu mencapai 442 orang jutawan, kemudian diikuti oleh Asia Pasifik yang mencapai 386 orang.

Sementara Eropah dan Amerika Latin berada di posisi 3 dan 4 dengan jumlah kekayaan masing-masing mencapai 366 dan 129 orang. Terkini, Timur Tengah mencatatkan 103 millionaire.

http://dairishare.blogspot.com/2013/03/senarai-10-orang-terkaya-di-dunia-dari.html

Tuesday, 8 October 2013

Kebaikan E-dagang

Ramai diantara pengguna mahupun peniaga bertanyakan apakah sebenarnya kelebihan menggunakan e-dagang ini? Di sini, terdapat beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. e-dagang sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan tempatan meningkatkan pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya menigkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan.
1)Menggantikan konsep manual
Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
2)Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
3)Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari
Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.
5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)
Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.
6)Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
7)Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.
8)Keuntungan yang optimum
Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.
9)Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.
10)Waktu bekerja yang flaksibel
Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
11)Bekerja dimana-mana
Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.
12)Perniagaan Automatik
Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.
13)Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Secara Online

Salam usahawan, di sini saya ingin dedahkan beberapa kebaikan serta kelebihan bisnes onlinejika anda bercadang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan di internet atau bisnes online. Rata-rata sekarang ini ramai yang begitu ghairah untuk jalankan perniagaan. Tetapi adakah mereka ini mengkaji risiko-risiko yang bakal mereka tempuhi. Bagi saya, jika anda ingin ceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya sarankan anda pilih perniagaan yang boleh dijalankan secara online. Bukan bermakna perniagaan offline tidak bagus atau tiada peluang untuk berjaya, tetapi perniagaan yang dilakukan secara online kurang berisiko dan lebih mudah untuk dijalankan. Namun begitu walaupun terdapat banyak kelebihan bisnes online ni, tidak semua orang akan berjaya dalam perniagaan online. Saya akan cuba huraikan lagi dalam post yang akan datang “Kenapa ramai yang Gagal dalam Bisnes Online”. Anda harus ingat MUDAH tidak semestinya MENJAMIN KEJAYAAN.
kelebihan-bisnes-online

Berikut adalah beberapa Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Online

  1. Kos Murah – Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.
  2. Bisnes 24 jam – Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.
  3. Kurang Risiko – Semua perniagaan mempunyai risiko. Cumanya kelebihan bisnes onlineni ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.
  4. Kebebasan Masa Bekerja – satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuka dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.
  5. Kebebasan Tempat Bekerja – dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.
  6. Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai – melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.
  7. Isu Lesen Perniagaan – anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.
  8. Pelbagai Jenis Perniagaan – inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.
  9. Tidak Perlu Travel – dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.
  10. Peluang Bisnes Global – bisnes online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.
  11. Pelanggan Tanpa Had – seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.
  12. Peluang Pendapatan Pasif – satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan kelebihan bisnes online seperti yang saya terangkan di atas. Walaubagaimana mudah sekalipun bisnes online ni, tidak dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. Anda harus ingat tiada yang betul-betul ‘PERFECT’ dalam dunia ni, cuma jika berdasarkan perbandingan saya lebih galakkan anda ceburi bisnes online. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan secara sambilan atau part time. Yang penting harus anda ingat, anda harus istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan berikan komitmen sepenuhnya ke atas apa jua perniagaan anda.
Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana income pertama di internet. Walaubagaimanapun, nasihat saya anda harus berhati-hati memilih perniagaan yang ingin dijalankan di internet. Sekian dulu untuk kali ini, semoga anda sukses dalam apa jua perniagaan yang anda jalankan.  8-)
Sekiranya anda masih lagi was-was serta belum lagi yakin dengan kemampuan anda untuk jalankan bisnes secara online, apa kata anda timba dulu ilmu serta kemahiran untuk membina website perniagaan yang berjaya. Jangan risau ianya PERCUMA dan anda tidak mungkin perolehinya di mana-mana.

Kepentingan Keusahawanan

1. Menjana ekonomi dan mengukuhkan industri negara
2. Sumbangan kepada pendapatan negara.
3. Menambahkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.
4. Meningkatkan taraf hidup masyarakat dan tanggungjawab sosial


http://harlinarichie.blogspot.com/2010/05/kepentingan-keusahawanan.html

Cabaran dan Halangan Membangunkan Usahawan Bumiputera Berjaya

1.0       PENDAHULUAN

Keusahawanan di Malaysia bermula sejak awal zaman Kesultanan Melaka lagi apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukar struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan ini, kaum Melayu dilantik pentadbir dan bekerja dalam sektor pertanian, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India pula bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum cina lebih ke hadapan dalam soal perniagaan berbanding kaum Melayu dan kaum India.

            Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia mula menyedari betapa pentingnya keusahawanan kepada kaum Individu, masyarakat dan negara dan bagaimana bidang ini menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak itu, kerajaan telah memfokuskan kepada keusahawanan sehingga sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, adalah memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan tidak hanya memberikan galakan terhadap pembangunan keusahawanan malah memberikan galakan pengiktirafan kepada keusahawanan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 8 Mei 1995 berperanan sebagai agensi utama pembangunan usahawan Bumiputera. Objektif utama penubuhan kementerian ini adalah untuk menyediakan persekitaran yang dapat membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

            Namun begitu, peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia (Norasmah, 2002). Berikutan itu, kerajaan Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Sehingga kini dorongan dan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputera supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya industri kecil dan sederhana, mewujudkan tindak balas yang positif.

2.0       CABARAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Seperti biasa, saban tahun negara akan bertukar pemimpin dan bertukar Belanjawan dan Pelan. Pelbagai langkah telah diambil oleh pemimpin untuk menolong kaum Bumiputera amnya, usahawan Bumiputera khususnya. Namun begitu, kaum Bumiputera masih berada di takuk lama dan hanya sedikit peningkatan kita dalam ekonomi negara.

            Bangsa Melayu terlalu leka dan mengambil mudah pembabitan dalam bidang ekonomi. Ekonomi adalah sangat penting untuk dikuasai jika kaum Bumiputera ingin terus maju. Kaum Bumiputera mempunyai kuasa beli (buying power) terbesar dalam negara ini, namun bangsa lain yang menikmatinya.

            Sebagaimana politik, kaum Bumiputera turut berdepan dengan dilema ekonomi yang rencam. Ketika kaum lain menikmati kek ekonomi negara dalam peratusan yang besar, usahawan Melayu dan bumiputera masih lagi bergelut untuk meneruskan survival.

            Kita sebenarnya tidak memerlukan statistik untuk melihat di mana kedudukan orang Melayu dan bumiputera dalam persekitaran ekonomi semasa. Meskipun merupakan kaum majoriti dan pengguna yang terbesar, namun penguasaan ekonomi kaum Melayu dan bukan Melayu jelas tidak seimbang.

            Hanya segelintir kecil sahaja usahawan Bumiputera yang terlibat dalam ekonomi kritikal dan bernilai tinggi. Selebihnya, ramai yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang keuntungannya tidak banyak merubah taraf hidup kaum Bumiputera itu sendiri. Kerana itu adalah penting untuk usahawan bumiputera ini terus digalakkan untuk terbabit dengan lebih aktif dalam persekitaran ekonomi semasa. Dari sudut peluang dan kemudahan misalnya, usahawan bumiputera memiliki banyak kelebihan berbanding usahawan bukan bumiputera.

2.1       Usaha Kerajaan dalam membangunkan usahawan Bumiputera

Banyak bantuan dari sudut galakan, modal, lokasi berniaga dan sebagainya disediakan sama ada secara langsung oleh kerajaan atau menerusi agensi-agensi berkaitan. Apa yang tinggal hanyalah sejauh mana keberanian usahawan Melayu dan bumiputera untuk terjun ke dunia perniagaan yang berskala besar dan bertaraf antarabangsa.

            Pelbagai perubahan dijangka akan berlaku dalam arena perniagaan di Malaysia. Menurut Norhashim (1994) perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Di sini jelas bahawa perniagaan bersaiz kecil dan sederhana amat penting dalam menyumbang terhadap pembangunan negara. Aliran pertumbuhan ekonomi di Malaysia telah menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS), walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Humam (1992) mendapati penduduk bukan Bumiputera telah menguasai sektor ekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Baru gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia, 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama dengan agensi sokongan kerajaan, pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 (Norasmah, 2009).

            Pihak kerajaan telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkan asas keusahawanan di kalangan bumiputera bagi melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung dan aktif dalam dunia perniagaan. Pelbagai agensi telah disediakan untuk membantu usahawan Bumiputera. Banyak tabung yang bertujuan khusus untuk membangunkan usahawan bumiputera telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana (Zaidatol et at. 1998).

Menurut Norasmah (2002), salah satu kementerian yang berfungsi untuk membangunkan
usahawan Bumiputera ialah Kementerian Pembangunan Usahawan. Kementerian ini bukan sahaja ingin membangunkan usahawan bumiputera tetapi ingin melahirkan usahawan yang berkualiti, berpotensi serta berupaya membentuk masyarakat Perdagangan dan Perindustrian (MPP) seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

3.0       HALANGAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Terdapat beberapa kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai (Zaidatol dan Habibah, 1997). Dapatan Humam
dan rakan-rakan (1992) menunjukkan faktor yang sama juga telah menyebabkan kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan.

            Walaupun sistem pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap Bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan semangat bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak dilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di Malaysia (Shahril, 1993). Kementerian Pendidikan juga memainkan peranan penting mewujudkan pelapis usahawan melalui program seperti Usahawan Muda dan Briged Usahawan (Zaidatol et at. 1998).

            Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profil usahawan Malaysia mendapati usahawan menghadapi masalah dalam bidang kewangan kerana mereka kurang pengetahuan. Pandangan yang sama diberikan oleh Timmons (1985) apabila beliau mengatakan asas pendidikan keusahawanan adalah kemahiran teknikal dan kewangan. Manakala Hess (1987) dan Kent (1990) menyarankan aspek pengurusan dan pemasaran adalah penting untuk kejayaan usahawan. Memandangkan pesatnya perkembangan keusahawanan sekarang ini, adalah penting untuk dijalankan kajian bagi mengenal pasti tahap keupayaan usahawan Bumiputera di Malaysia setelah kerajaan mempergiat usaha untuk membangunkan keusahawanan.

3.1       Kemahiran Usahawan Bumiputera

Dalam kajian yang dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pirie & Habibah Elias (2004), usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi dalam membentuk hubungan manusia yang baik, dan membentuk kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan. Dapatan tersebut menyokong pandangan Fatley (1990) dan McCannon et at. (2000) yang menyarankan komunikasi berbentuk tulisan dan lisan adalah penting dan menjadi asas kepada pembentukan kemahiran yang lain di tempat kerja. Womble et at. (2000) pula mendapati kemahiran interpersonal dan hubungan manusia merupakan sesuatu yang amat penting di tempat kerja hari ini. Zaidatol et al. (2000) juga telah mengenal pasti kepentingan kemahiran komunikasi dan hubungan manusia di tempat kerja untuk kejayaan sesuatu kerjaya.

            Mereka juga mendapati kemahiran keusahawanan dalam aspek pengurusan dimiliki oleh kebanyakan usahawan bumiputera dan keadaan ini amat bertepatan dengan pandangan Zaidatol et al. (2000) yang mengatakan bahawa perniagaan yang berjaya selalunya melibatkan beberapa kemahiran yang lain selain daripada aspek fungsian perniagaan sahaja. Luft (1986) menyarankan prinsip hubungan manusia yang diperlukan untuk kejayaan kerjaya adalah berkaitan dengan pembentukan konsep kendiri yang positif, menerima kritikan, menyelesaikan konflik, menangani perubahan, menangani diskriminasi dan prejudis dan memahami sumber nilai, nilai kendiri dan menerima nilai orang lain. Usahawan bumiputera didapati mempunyai kemahiran mengurus dan membentuk hubungan manusia yang baik sebagai kemahiran keusahawanan yang paling penting dan kedua-dua kemahiran tersebut merupakan kemahiran yang paling tinggi kebolehan usahawan melaksanakannya.

Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi kebolehan usahawan bumiputera dalam mengendalikan aspek kewangan dan pemasaran. Walaupun secara keseluruhan didapati usahawan Bumiputera telah mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan dan telah mengikuti kursus dalam bidang pemasaran, namun kebanyakan daripada mereka masih kurang berkeupayaan dalam melaksanakan kemahiran kewangan dan pemasaran yang mereka sendiri sedar akan kepentingannya.

Satu kajian yang dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (2004) terhadap usahawan-usahawan Bumiputera yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu telah mendapati bahawa 55% usahawan Bumiputera telah pun berkecimpung dalam dunia perniagaan melebihi 10 tahun. Walaupun perniagaan mereka merupakan perniagaan kecil-kecilan (72% mempunyai pekerja kurang daripada 20 orang), mereka masih menghadapi masalah utama untuk mengutip akaun boleh terima, iaitu seramai 61% belum mampu untuk mengatasi masalah tersebut. Di samping itu juga didapati 61% kurang berkemampuan untuk menjalankan kajian pasaran, 60% belum begitu mampu menyediakan laporan kewangan dan seramai 58% kurang berkebolehan untuk menentukan arah aliran produk. Ini membimbangkan kerana kebanyakan daripada kemahiran perakaunan dan pemasaran yang dianggap penting untuk kejayaan masih lagi belum dikuasai sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera. Apakah faktor utama yang menghasilkan keadaan ini? Dapatan juga menunjukkan hanya 26% usahawan telah berpeluang mengikuti latihan keusahawanan selama enam (6) bulan dan lebih. Kebanyakannya (57%) hanya telah berpeluang mengikuti kursus keusahawanan kurang daripada (6) bulan. Fenomena ini mungkin mempengaruhi persepsi mereka terhadap keupayaan melaksanakan kemahiran keusahawanan terutama dalam bidang pemasaran. Seramai 17% pula tidak pernah mengikuti latihan langsung dan hanya 44% pernah mengikuti kursus berbentuk perakaunan atau kewangan. Ilmu pemasaran didapati amat penting untuk usahawan bumiputera. Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha mereka dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Usahawan Bumiputera hendaklah mengoperasikan perniagaannya berlandaskan amalan pemasaran yang betul.
Menurut Zaidatol et at. (1997) terdapat banyak syarikat yang muflis kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani keadaan pasaran yang sentiasa berubah. Tambah beliau lagi perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Syarikat yang ingin membentuk dan mengeluarkan barangan tanpa mengambil kira kemudahan dan keperluan pelanggan akan menghadapi masalah. Dengan mengambil kira perkembangan perniagaan secara global aplikasi konsep pemasaran ini perlu diberi tumpuan yang lebih.

Mengikut Drucker (1963) dua fungsi utama untuk sesebuah perniagaan ialah pemasaran dan inovasi. Pandangan ini juga disokong oleh Barnes, Pynn dan Noonam (1982) bahawa kebanyakan firma gagal setiap tahun kerana mereka tidak berupaya untuk menentukan sasaran pasaran. Ini juga dipersetujui oleh Cohen dan Reddich (1981) bahawa kegagalan sesuatu perniagaan itu adalah hasil daripada cara pemasaran yang salah. Memandangkan usahawan dalam kajian ini berskala kecil, Tootelian dan Goedeka (1985) pernah menyatakan bahawa sepatutnya mereka yang berkecimpung dalam perniagaan yang begini mendapat kelebihan dalam aspek: perkhidmatan pelanggan secara peribadi, pengetahuan tentang pelanggan dan pasaran, hubungan rapat dengan komuniti, pendekatan secara peribadi dengan pekerja dan pengurusan yang anjal. Malangnya usahawan bumiputera dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri yang positif dalam menguasai kemahiran pemasaran walaupun situasi atau persekitaran yang disediakan mampu mengarah mereka ke arah keberkesanan yang lebih tinggi. Malahan dalam senarai sepuluh kemahiran yang paling penting mengikut persepsi usahawan hanya satu kemahiran sahaja berkaitan dengan pemasaran iaitu 'menentukan keperluan pelanggan'. Pemeringkatan yang rendah kepada aktiviti pemasaran oleh usahawan menunjukkan usahawan kurang faham dan tidak memberi tumpuan yang cukup kepada usaha pemasaran yang penting untuk kejayaan. Begitu juga dalam aspek kewangan, masalah utama usahawan Bumiputera ialah untuk mengutip akaun boleh terima. Tate (1977) juga
mendapati salah satu penyebab kepada kegagalan dalam perniagaan ialah kegagalan usahawan mengutip akaun boleh terima. Pandangan ini disokong oleh Diffley (1983) yang mendapati kemahiran 'mengutip akaun boleh terima merupakan kemahiran yang paling penting untuk usahawan di Kansas. Aspek lain yang ketara pentingnya dalam pengendalian perniagaan adalah pengurusan kewangan, belanjawan dan penyediaan penyata aliran tunai.

Kesemua kemahiran ini amat diperlukan tetapi usahawan Bumiputera tidak mempunyai keupayaan yang tinggi dalam hal ini. Kemahiran-kemahiran ini adalah penting untuk menjamin kejayaan sesebuah perniagaan (Kiesner 1990). Kepentingan kemahiran pemasaran dan kewangan ini tidak dapat dinafikan lagi. Beberapa kajian lepas seperti oleh Mc Ewen (1990), Hess (1987) dan Clouse (1990) telah merumuskan bahawa kedua-dua aspek ini berkait rapat. Misalnya Clouse (1990) menyatakan bahawa kepentingan membuat keputusan dalam pemasaran adalah amat tinggi bagi seseorang usahawan. Beliau juga menekankan kepentingan aspek kewangan terutama untuk memahami aliran tunai dan menganalisis untung dan rugi. Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspek jualan dan pemasaran mendahului senarai utama tugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiran pengurusan kewangan. Kohn (1985) pula percaya kegagalan perniagaan itu disebabkan oleh kurang pengalaman usahawan dalam pengurusan, usahawan tidak kompeten, kekurangan modal, strategi pemasaran yang salah, serta rekod dan prosedur perakaunan yang tidak lengkap.

Memandangkan seramai 92% usahawan Bumiputera merasakan latihan keusahawanan adalah penting, dan mereka telah mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan itu perlulah bukan sekadar pendedahan sahaja tetapi mempelajari selok-beloknya. Program latihan keusahawanan ini perlu diubahsuai pelaksanaannya seperti menggunakan kaedah berbentuk pengalaman atau 'experiential' dan berorientasikan tindakan untuk menepati keperluan dan kehendak spesifik usahawan bagi menjadikan seseorang itu bertambah maju dan tidak ketinggalan dalam segala bidang. Kaedah ini penting kerana untuk mempelajari aspek perakaunan yang spesifik adalah lebih sukar jika kaedah yang digunakan tidak tepat. Ini semua akan dapat membantu mengecilkan jurang jumlah usahawan berjaya dan yang gagal. Seharusnya kemahiran keusahawanan yang penting dan perlu dikuasai dapat dipelajari secara formal atau tidak formal sebelum mula menceburkan diri lagi. Kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan penguasaannya secara beransur-ansur setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan.

4.0       CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH USAHAWAN BUMIPUTERA DI ABAD KE-21

Keusahawanan akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:

(a) Kepelbagaian Tenaga Kerja

Tenaga kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga. keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat.

(b) Kesetiaan Pekerja yang Menurun

Persaingan secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang berilmu atau pun “knowledge workers’.

(c) Kekangan Tenaga Buruh

Penurunan dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji, elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat.

(d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran

Kebanyakan pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja.

(e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan

Usahawan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran.




(f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja

Usahawan perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif.

(g) Gerak Balas Terhadap Globalisasi

Perniagaan hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan fizikal yang trhad. Ada tenaga kerja yang akan ditugaskan ke luar negara. Mereka perlu didedahkan kepada perbezaan keperluan, aspirasi. sikap, budaya, dan personaliti yang bakal dihadapi apabila berada di negara berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat pekerja asing yang akan diambil bekerja oleh usahawan. Adalah menjadi tanggungjawab usahawan untuk menangani pengaruh globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan hormat-menghormati untuk kebaikan bersama.

(h) Memperkasakan Pekerja

Kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.


(i) Menggalakkan Perubahan Dan Inovasi

Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

(j) Kesementaraan

Usahawan dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja. Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.

            Seterusnya jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan yang mungkin berlaku.

(k) Membangunkan Perilaku Beretika

Dalam keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan. Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema “relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil.

5.0       USAHAWAN BUMIPUTERA DAN STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi. usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan. Antara strategi yang sepatutnya dilakukan oleh usahawan adalah:

(a) Strategi Sejagat

Usahawan perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil oleh pesaing mereka.

(b) Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk. pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. Mereka harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk bersaing dalam perniagaan.


(c) Mengutamakan Jaringan

Mereka hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka Renal mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.

(d) Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong

Usahawan pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana (how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.

(e) Kepakaran Berkomunikasi

Usahawan Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.



6.0       RUMUSAN DAN CADANGAN

Peluang untuk mengikuti latihan perlu ditingkatkan terutama untuk mempelajari dengan mendalam aspek kewangan dan pemasaran yang dianggap penting untuk terus berjaya. Pendidikan yang diterima masih belum mencukupi. Walaupun usahawan Bumiputera telah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara amnya kemahiran keusahawanan mereka tidak tinggi tetapi bertaraf sederhana sahaja. Ini menggambarkan bahawa pengalaman sahaja tidak memadai dalam meningkatkan pengetahuan usahawan.

            Pengalaman dan pendidikan yang dipunyai oleh usahawan Bumiputera tidak menjamin pertambahan ilmu dalam mengendalikan perniagaan mereka secara berkesan. Ini terbukti apabila didapati lebih 50% usahawan tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan kemahiran yang dianggap 'routine' dalam menjalankan sesebuah perniagaan. Keberkesanan agensi yang menyediakan program dan pakej latihan keusahawanan terutama yang melatih usahawan perlu dikemas kini dan dinilai. Memandangkan 92% merasakan latihan keusahawanan ini penting untuk mereka maka pelaksanaan dari segi kaedah penyampaian dalam program pembangunan usahawan hendaklah berbentuk 'experiential' dan berorientasi tindakan. Usahawan Bumiputera hendaklah mengubah sikap supaya sentiasa menambah usaha dan kesanggupan untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan dan pemasaran. Walaupun bidang ini sukar dipelajari, keinginan untuk menguasainya hendaklah sentiasa dipupuk. Di samping menambah usaha mempertingkat ilmu pengetahuan bercorak teknikal, usaha untuk membentuk sikap dan personaliti usahawan yang unggul hendaklah diberi pertimbangan terutama bagi melengkapkan diri dengan ciri-ciri keusahawanan yang penting untuk kejayaan.