Senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia Dari Majalah Forbes
 |
Carlos Slim Helu |
Lelaki berasal dari Mexico ini masih memegang puncak tertinggi orang dengan kekayaan yang paling besar di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaan pengusaha industri telekomunikasi ini mencapai US $ 73 bilion atau Mac 2013. Lelaki berumur 73 tahun.Carlos menjadi orang terkaya nombor satu di dunia dalam 4 tahun berturut-turut.
 |
Bill Gates |
Pengasas syarikat terkemuka Microsoft ini menurut Forbes mempunyai kekayaan US $ 67 bilion Mac 2013. Lelaki berusia 57 tahun ini di AS, Gates menjadi orang nombor satu terkaya di negara tersebut.
 |
Amancio Ortega |
Lelaki berumur 76 tahun berasal dari Sepanyol ini terkenal dengan perusahaan iaitu kedai pakaian Zara . Ortega merupakan orang terkaya nombor satu di Sepanyol dan ketiga di dunia. Menurut Forbes jumlah kekayaan Ortega mencecah US $ 57 bilion Mac 2013 ini.
 |
Warren Buffet |
Buffet baru-baru ini membeli syarikat sos tomato berjenama Heinz dengan nilai US $ 28 bilion . Menurut Forbes, lelaki berumur 82 tahun ini memiliki kekayaan US $ 53,5 bilion Mac 2013 ini. Di AS, Buffet merupakan orang terkaya nombor 2 selepas Bill Gates.
 |
Larry Ellison |
Lelaki berumur 68 tahun ini merupakan bos dari syarikat teknologi yakni Oracle di AS. Menurut Forbes, jumlah kekayaan Larry mencapai US $ 43 bilion . Di AS, Larry merupakan orang ketiga terkaya.
 |
Charles dan David Koch |
Kedua bersaudara ini memiliki kekayaan masing-masing US $ 34 bilion Mac 2013. Kedua-duanya menjalankan perniagaan melalui Koch Industries di bidang gas asli dan kimia.
 |
Li Ka-Shing |
Lelaki berumur 84 tahun ini merupakan satu-satunya orang Asia yang termasuk dalam 10 orang terkaya di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaan Li mencapai US $ 31 bilion. Lelaki berasal dari Hong Kong ini merupakan orang terkaya di negaranya.
 |
Liliane Bettencourt |
Liliane sudah berusia 90 tahun, perniagaannya adalah melalui syarikat kosmetik L'Oreal yang juga membuka kilang terbesar di Malaysia. Wanita ini merupakan orang yang paling kaya di Perancis.
 |
Bernard Arnault |
Lelaki berumur 63 tahun ini merupakan pemilik jenama mewah terkenal Perancis iaitu Louis Vuitton (LVMH). Orang terkaya kedua di Perancis ini mempunyai kekayaan US $ 29 bilion Mac 2013.
 |
Christy Walton |
Wanita berumur 58 tahun ini merupakan salah satu pemilik kedai runcit terbesar di dunia iaitu Wal Mart. Menurut Forbes, kekayaan Christy adalah US $ 28,2 bilion . Christy merupakan orang terkaya nombor 6 di AS.Majalah Forbes menyenaraikan orang terkaya di planet bumi di awal tahun ini. Dalam Forbes Billionaires list 2013, terdapat 1.426 nama dengan jumlah kekayaan mereka mencapai US $ 5.4 trilion , meningkat berbanding di 2012 sebanyak US $ 4.6 trilion.Dipetik dari majalah Forbes, Selasa (5/3/2013), AS memimpin dengan jumlah jutawan terbanyak iaitu mencapai 442 orang jutawan, kemudian diikuti oleh Asia Pasifik yang mencapai 386 orang.Sementara Eropah dan Amerika Latin berada di posisi 3 dan 4 dengan jumlah kekayaan masing-masing mencapai 366 dan 129 orang. Terkini, Timur Tengah mencatatkan 103 millionaire.
http://dairishare.blogspot.com/2013/03/senarai-10-orang-terkaya-di-dunia-dari.html
No comments:
Post a Comment